Dua Beradik Disalah Anggap Kekasih, Di Rumah Selalu ‘Berprang’ Sebab Perangal ‘Masuk Air’ Abang “Dia Pelvk Saya Lama”

BAGAI isi dengan kuku.

Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan hubungan akrab sepasang adik beradik ini.

Dek kerana perbezaan umur yang tidak terlalu jauh, ramai tersalah anggap bahawa gadis manis ini dan abangnya merupakan pasangan kekasih.

Berkongsi cerita, gadis yang bernama Aleya Shafiqah Aidyshah, 15, ini berkata, tanggapan sedemikian seringkali diberikan setiap kali dia dan abangnya keluar bersama.

“Seringkali kami akan menghabiskan masa bersama-masa apabila cuti. Abang saya, Azlan Shah Aidyshah, 19, kini merupakan penuntut di sebuah kolej di Bangi, manakala saya pula tinggal di asrama di sebuah sekolah swasta di Ampang.

“Jadi pasti jarang bertemu, kecuali apabila cuti. Memandangkan kami hanya dua beradik, memang hubungan dengan abang sangat rapat. Perwatakannya memang gila-gila, annoying, suka mengusik.

“Namun di sebalik sikap tersebut, dia seorang abang yang sangat over-protective, mengambil berat dan menjadi tempat saya berkongsi rahsia,” demikian cerita Aleya.

Aleya dan Azlan Shah sering bergaduh gara-gara sikap abangnya yang suka mengusik.  

Terdahulu, gadis ini memuat naik satu video di laman Twitter, memaparkan gelagat gila-gila abangnya yang ‘bergaduh’ dengan beberapa kanak-kanak.

Video tersebut menjadi tular sehingga meraih 15,500 retweet dan mencatat hingga melebihi 240,000 tontonan, malah turut dihujani komen netizen yang terhibur dengan gelagat abangnya.

“Ketika itu saya, mama dan papa menghantar abang pulang ke kolej. Ada beberapa kanak-kanak yang merupakan ahli keluarga pelajar lain di situ. Entah kenapa dia usik dan ejek kanak-kanak tersebut.

“Jika lihat abang dalam video tu, macam tu jugalah perangainya di rumah. Disebabkan perangai itulah, memang riuh satu rumah dengan suara kami ‘bergaduh’. Tapi sebenarnya, bila salah seorang tak ada, sedih pula sebab rindu,” ujar Aleya.

Kedua-dua adik beradik tersebut seringkali menghabiskan masa bersama-sama setiap kali pulang bercuti di rumah.

Cerita gadis manis ini lagi, abangnya pernah menangis gara-gara merindui dirinya yang tinggal berasingan di sekolah berasrama di Ampang.

“Ketika itu mama menelefon dan beritahu abang rindukan saya. Mama siap rekod secara sembunyi-sembunyi gelagatnya yang sugul dan menangis sebab rindukan saya.

“Ada satu peristiwa lagi, ketika itu saya baru daftar masuk asrama. Mama, papa dan abang hantar. Sebelum berpisah, dia peluk saya lama-lama. Macam pelik juga, kemudian papa cepat-cepat suruh abang masuk dalam kereta.

“Rupa-rupanya dia menangis dan papa tak mahu saya lihat keadaan abang, bimbang nanti saya pula yang menangis,” ujar Aleya sambil ketawa kecil.

Video dimuat naik Aleya yang memaparkan gelagat gila-gila abangnya menjadi tular dan mencuit hati netizen.

Tambah Aleya, satu kejadian yang pernah berlaku tiga tahun lalu sehingga menyebabkan abangnya terlantar, benar-benar menyedarkan dirinya betapa pentingnya kehadiran pemuda itu dalam hidupnya.

“Ketika itu saya darjah enam. Masa itu nak dekat nak raya. Abang seperti biasa memang suka mengusik. Dia cucuh mercun dan baling kepada kawan-kawannya, sebelum lari cepat-cepat.

“Ketika itulah, sebuah motosikal tak sempat elak lalu melanggarnya. Saya yang duduk di tepi terus terkejut tengok abang jatuh. Keadaannya yang separa sedar masa itu membuatkan saya betul-betul panik dan bimbang hingga menangis melihatnya.

“Sebelum berpisah, dia peluk saya lama-lama. Macam pelik, kemudian papa cepat-cepat suruh abang masuk dalam kereta. Rupa-rupanya dia menangis.”ALEYA SHAFIQAH AIDYSHAH

“Akibat insiden itu, abang patah kaki dan terlantar di hospital. Ketika dia masuk dewan bedah, saya belek video-video lama kami dan edit. Video itulah jadi pengubat rindu saya padanya,” cerita Aleya.

Kata Aleya lagi, dia sememangnya beruntung dikurniakan abang yang merupakan satu-satu darah dagingnya.

“Ada kawan cakap, dia cemburu tengok hubungan saya dengan abang, sebab dia dan abangnya tidak seperti itu. Bagi saya, ambil perkara tersebut secara positif. Jangan fikir mereka tak sayang. Mungkin mereka segan nak tunjukkan sebab ego. Apapun, sayangi adik beradik kerana mereka insan yang paling rapat dengan kita,” akhirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.