MLM2019: “Tolonglah Beri Perhatian Pada Kami, Sikit Pun Jadilah…” Bell Ngasri

Anggota kumpulan ROJAK, Bell Ngasri berharap penonton lebih terbuka untuk menerima kumpulan yang dianggap sebagai ‘underdog’.

Menurut Bell, adakalanya kumpulan yang digelar ‘underdog’ ini telah memberikan sehabis baik namun tidak mendapat perhatian.

“Kami tidak punya apa-apa, kami datang dengan serba kekur@ngan. Kadang-kadang cerita kami itu tidaklah teruk tetapi apa yang meny3dihkan saya…

“Apabila kita dah memberikan yang terbaik, kadang-kadang juga orang anggap benda yang kita buat itu tidak menapai piawaian sedangkan okay sahaja.

“Jadi saya mohon sangat supaya orang tolonglah… Berikanlah perhatian kepada kami, tolonglah kami, berilah kami cuba.

“Setiap minggu kami berikan yang terbaik dan cuba perbaiki kekurangan. Apa yang orang suka dana pa yang tidak.

“Kami ini masih belajar, saya harap semoga mereka dapat memberikan sedikit perhatian kepada kami. Sikit pun tak mengapa, jadilah…” katanya

Terdahulu, minggu keenam MLM2019 menyaksikan ROJAK yang dianggotai oleh Bell, Rahim dan Chiwan ini menduduki tempat kedua dengan jumlah markah 58.33%.

Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip MLNAMA KUMPULAN atau MLNAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : sinar viral

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.