Tahniah, Ain Edruce Kini Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Dengan sekali lafaz, pengacara dan pelakon, Ain Edruce, 27, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 26, jam 9.11 malam.

Walaupun persiapan dibuat pada saat-saat akhir, Ain memanjatkan rasa syukur atas majlis yang berlangsung dengan sempurna.

“Alhamdulillah, majlis dapat diadakan dengan sempurna walaupun persiapan dibuat pada minit akhir kerana kesibukan saya dalam lakonan.

“Semoga perjalanan kami dalam fasa fasa baharu sebagai suami isteri dipermudahkan.

“Saya juga tidak menganggap status sebagai isteri sebagai penghalang untuk mengembangkan jenama sendiri dalam dunia seni,” katanya.

Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung Quill City Mall, Kuala Lumpur yang dihadiri keluarga terdekat. Ain menerima mas kahwin RM888, selain tiga dulang hantaran berbalas lima.

Jumlah wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Pasangan berkenaan dinikahkan bapa pengantin perempuan, Ar Edruce Sabri, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.

Ain berkata, dia terpikat dengan suaminya, yang dikenali menerusi Instagram, kira-kira setahun lalu, kerana sikapnya yang berbeza dengan pemuda lain.

“Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan. Walaupun bukanlah terlalu romantik, dia lelaki yang suka berterus-terang,” katanya.

Majlis resepsi Ain dan Amirul akan diadakan di lokasi sama, esok. Pasangan ini bertunang pada 22 Jun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.