“Alif Bersih Daripada Ubat-Ubatan Terlrang” Nora Ddah Lap0ran Bdah Slasat Pvnca Kematlan Anaknya

PENYANYI Nora Ariffin mendedahkan hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan pada pagi Ahad tidak menunjukkan sebarang tanda yang dikenalpasti menjadi punca kematian anaknya, Alif Johan.

Menurut Nora, dia berpuas hati dengan keputusan yang telah dikeluarkan pihak hospital meskipun tidak bersetuju untuk melakukan bedah siasat terhadap anak keduanya itu.

“Saya berpuas hati dengan keputusan bedah siasat kerana tiada tanda-tanda abnormal.

“Kalau ikutkan saya tak nak buat postmoterm itu. Tetapi disebabkan dia masih muda jadi kebarangkalian itu macam-macam, saya takut kalau dia ada makan apa-apa ubat, akhirnya saya ikut prosedur polis dan keputusan keluarga. Kalau ikutkan keputusan postmoterm itu tertulis pending investigation.

“Tiada ibu yang sangka anak umur 20 tahun akan meninggal. Saya tak pernah jangkakan,” ujarnya.

Alif rebah di rumahnya selepas menghantar Nora ke lapangan terbang untuk ke Singapura.

Pada Sabtu, anak keduanya Nora iaitu Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah ketika berada di kediamannya.

Jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya pada petang Ahad.

Dalam pada itu, kata Nora, doktor ada memaklumkan bahawa jantung arwah sedikit besar namun tidak pasti jika kegagalan jantung adalah punca kematian anaknya itu.

Tambahnya, pihak hospital turut memberitahu arwah juga tidak terlibat dengan pengambilan ubat-ubatan atau bahan terlarang.

“Mengikut keputusan doktor beritahu tiada apa-apa yang pelik atau diluar normal. Saluran darah dia okay cuma jantung dia ada kemungkinan bengkak sebab ada besar sikit.

“Malah arwah juga bersih dari sebarang ubat-ubatan atau pengambilan bahan terlarang atau apa-apa bahan yang terlarang,” katanya.

Alif pernah jalani pembedahan untuk kurus.

Tambah Nora, anaknya itu juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik ketika menghantarnya ke Lapangan Terbang Subang untuk ke Singapura.

Bagaimanapun, pembantu rumah memaklumkan anaknya itu tiba-tiba rebah sewaktu mahu baring.

“Tiada perubahan apa-apa, dia salam macam biasa kemudian bila saya sampai di Singapura, pembantu rumah call beritahu Alif tak sedarkan diri.

“Dia nak baring di sofa kemudian jatuh dan bila cuba kejutkan dia sudah tiada,” katanya.

Untuk rekod, Alif sebelum ini pernah menjalani bariatric surgery atau pembedahan ‘mengikat perut’ merupakan salah satu pembedahan sistem pencernaan dalaman bagi membantu mereka yang menghidap berat badan yang melampau (obesiti) mencapai berat badan ideal.

Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi, 20, pernah menyertai sebuah pertandingan realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mc 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.