“Nak Makan Pun Terkejar2,” Pasukan Penyelamat Dima.rah Jika Bantvan Banjir Lambat Sampai

Selepas negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir, kini giliran negeri Johor pula terpaksa berhadapan dengan kenaikkan air banjir yang menenggelamkan beberapa kawasan di sekitar Johor.

Bagaimanapun, menerusi laman Facebook Orang Kota Tinggi, sering memaklumkan maklumat terkini operasi menyelamat mangsa banjir meluahkan rasa kesal terhadap sikap beberapa pihak yang memarahi para petugas kerana kelewatan bantuan.

Janganlah marah mereka…

Di dalam pautan tersebut, pihak tersebut meminta agar orang ramai mula memahami situasi semua yang terlibat operasi menyelamat yang terdiri daripada anggota bomba, pihak polis dan badan sukarela.

Memang terkadang itu mangsa mengalami sedang berada dalam keadaan yang genting dan memerlukan bantuan segera, namun harus diingat bahawa orang yang memerlukan bantuan tidak sikit jumlah.

Makan pun terkejar-kejar

Seperti gambar yang dikongsikan di bawah ini, para petugas juga manusia dan mereka memerlukan rehat untuk mengisi perut sebelum menyambung misi menyelamat.

Terima kasih membantu mangsa banjir

Mula memahami situasi pasukkan penyelamat, kebanyakkan netizen mengucapkan terimah kasih di atas pengorbanan dan kecekalan para petugas penyelamat yang gigih menyalurkan bantuan meskipun mendapat pelbagai kritikan.

Unsung hero!

Terpaksa utamakan orang daripada diri sendiri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Orang Kota Tinggi

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.