“Tiada Lagi Nikmat Svjud,” Lelaki Sebak Terpaksa S0lat Duduk Lepas Kemlangan

Sebagai umat Islam, sudah tentu memahami tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Solat lima kali sehari semalam adalah antara tanggungjawab yang semenstinya dilakukan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Dapat solat dengan tertib serta pergerakkan yang dirukunkan adalah antara nikmat yang diberi kepada setiap Muslim. Hal ini kerana jika kita mengalami kesukaran untuk melakukan ibadah itu bermakna satu nikmat dalam beribadat telah ditarik.

Tiada lagi nikmat sujud dalam solat

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang lelaki yang menggunakan nama Joe Bundle di Facebook, dia telah berkongsi mengenai nikmat yang telah ditarik dalam solat apabila dia ditimpa kemalangan pada 2017.

Oleh sebab itu, dia tidak lagi dapat sujud dan terpaksa solat secara duduk kerana  gagal membengkokkan lututnya berpunca daripada komplikasi kemalangan tersebut.

Terpaksa cari pelbagai inisiatif untuk duduk

Joe memberitahu juga dia terpaksa menggunakan apa sahaja yang boleh diduduki bagi menampung badannya untuk solat kerana  tidak mampu untuk membengkokkan lutut kanan selepas kemalangan yang berlaku.

“Pernah bila tak ada kerusi di satu-satu tempat saya duduk jugak lah kat atas apa pun. Saya pernah duduk atas tangga, atas pasu bunga dan pernah duduk atas tingkap (Masjid Tokyo Camii di Jepun). Pernah jugak lansung tak ada benda nak duduk saya hanya bersandar sambil mencangkung macam leg day punya training tu.”

Nikmat paling indah ialah sujud

Sehubungan dengan perkongsian yang menginsafkan itu, Facebook Joe telah dihujani dengan pelbagai komen dengan rata-rata mengiyakan kebenaran mengenai nikmat solat dengan normal.

Ada juga yang mengucapkan terima kasih diatas perkongsian tersebut dan menceritakan serba sedikit pengalaman diri yang mengalami keadaan sama seperti Joe yang sudah hilang nikmat solat kerana kemalangan yang menimpa diri.

Ramai yang pernah alami nasib sama

Saya faham perasaan tuan

Semoga kita diberi peluang untuk beribadat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Joe Bundle

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.