“Tuhan Tarik Satu, Tuhan Bagi Satu,” Naqiu Cerita Pengalaman Indah Duet Sama Azmi Caliph Busker

“Tuhan tarik satu, Tuhan bagi satu.” Itu kata yang terluah dari finalis Gegar Vaganza musim keenam (GV60, Naqiu yang menyifatkan pasangan duetnya pada saingan separuh akhir semalam, Azmi Saat sebagai seorang penyanyi hebat.

Malah, dia turut akui rakan duetnya menerusi lagu Hanya Namamu itu sebagai penyanyi yang mempunyai kemampuan menjiwai sesebuah lagu dengan baik.

“Saya akui dia menyanyi memang sangat bagus. Malah saya yang menyanyi di sebelahnya pun rasa sebak dengan ‘feel’ yang diberikan. Saya seorang yang pentingkan ‘feel’ dalam lagu akan tetapi dia punya ‘feel’ itu lagi ‘dalam’.

“Apa yang juri beritahu pun saya akui, ibarat langit dengan bumi sebenarnya. Kalau dengar susunan lagu tersebut sebelum ini, ia nampak sangat saya ni tertinggal agak jauh. Jadi sebab itulah susunan kena tukar. Nampak seperti bukan saya yang bertanding.

“Suara saya lebih kepada rock, jadi Datuk Ramli cadangkan suntik elemen Rock. Apa pun, saya akui memang Azmi memang terbaik. Saya puas hati juga sebab ini persembahan yang paling baik berbanding latihan sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun ini juga tidak menafikan dia dan Azmi mempunyai persamaan dan tidak menolak andai selepas ini ada projek lain yang mahu menggandingkan keduanya.

“Sebenarnya dia ada beritahu, takut untuk berduet dengan saya. Saya tanya kenapa kerana sepatutnya saya yang rasa takut kerana bakal nyanyikan lagunya.

“Kemudian dia beritahu sudah pun mengikuti perkembangan saya sepanjang GV6. Kalau ada isi masa bersembang untuk cari keserasian dan rupanya kami miliki banyak persamaan. Manalah tahu selepas ini ada kerjasama lain, InsyaAllah,” jelas Naqiu lagi.

Sementara itu menerusi segmen solo, bintang berkenaan menyampaikan lagu Inggeris, Always yang dipopularkan oleh Bon Jovi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.