“Baru 3 Epis0d,” Drama Kampung People Buat Pen0nton Lega Tiada Kisah Cinta ‘Cliche’

Lari daripada kebiasaan penerbitan drama cinta dan adaptasi novel, slot Lestary TV3 kali ini memaparkan kisah komedi dan kekeluargaan bertajuk ‘Kampung People’ yang kini sudah bersiaran selama tiga episod.

Kampung People merupakan drama bersiri yang diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, di bawah produksi KL Motion Picture mula ditayangkan pada 11 Disember lalu.

Penonton lega tiada drama kisah cinta cliche

Nampaknya, gandingan lakonan yang dibintangi oleh Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana dan Kamarul Iqif Saddiq yang membawa watak sebagai sebuah keluarga, memang sangat menjadi.

Dari orang bandar pindah kampung

Kampung People ini mengisahkan tentang keluarga Razif bersama anak dan isterinya yang terpaksa menyamar sebagai orang kampung, kerana terpaksa menjadi saksi kes jenayah majikan Razif, Tuan Suhaimi yang dilakon oleh Namron.

Daripada keluarga tipikal bandar yang kaya, mereka terpaksa belajar menjadi orang susah dan hidup di kampung. Memang lucu melihat gelagat mereka menyesuaikan diri sebagai orang kampung.

Kan bagus kalau ada cerita macam ni

Baru tiga episod ditayangkan, drama bersiri ini telah mendapat reaksi yang positif daripada penonton yang selama ini menanti-nanti drama yang tiada kisah cinta ‘cliche’.

Sumpah best giler citer ni

Lega takde filem cliche cinta2

Terbahak tengok Kak Lina PomPom punya ‘gedik’

Antara watak yang paling menghiburkan, sudah semestinya Elly Mazlein atau glamor di panggil Kak Lina Pom Pom dengan gaya ‘gedik’ dan lucunya membuatkan ramai gelak berdekah dengan gelagatnya.

Tidak terkejut kalau drama ini boleh jadi trending, boleh dikatakan para penonton memberikan komen positif, setelah sudah sekian lama ditapuk dengan kisah-kisah cinta.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : TV3 Malaysia Official

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.