“Hidup Daiif,” Ibu Heret 3 Anak Tunggu Baju Terpakai Sambil Jual Ubat Semut

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Perumpamaan tersebut sememangnya sangat bertepatan dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ain Zul berkenaan satu keluarga yang ditemuinya.

Naik motor anak-beranak

Menerusi perkongsian yang telah dibuat, Ain memberitahu kerap mengumpulkan pakaian mereka sekeluarga yang masih elok untuk diletakkan di tong oren iaitu tempat pengumpulan pakaian untuk mereka yang memerlukan.

Semasa menghantar pakaian-pakaian tersebut, seorang wanita bersama tiga orang anak kecil telah hadir ke situ untuk mendapatkan pakaian.

Cari baju terpakai untuk anak2

Tambah Ain lagi, wanita yang dikenali sebagai Ija itu telah memberitahu sedang berniaga ubat semut bagi menampung perbelanjaan pembedahan anak kecilnya yang akan dibedah pada 20 Disember nanti kerana tangannya terkehel semasa bayi.

Lebih menyedihkan lagi, anak-anak wanita itu tidak dapat berbin dan bintikan bapa mereka kerana suami Ija adalah warganegara Thailand dan mereka tidak mempunyai sijil pernikahan yang sah.

Sempat hulur RM100 sebelum beredar

Melihat daripada kesusahan yang dihadapi oleh Ija, dia bercadang untuk memberikan pakaian kepada anak-anak Ija kerana pakaian anaknya masih banyak dirumah dan belum dikemas untuk disedekahkan.

Ain telah meminta nombor telelefon Ija dan berhubung dengan wanita itu untuk menyalurkan sedikit sumbangan kelak. Dia juga menghantar gambar rumah yang didiami oleh mereka sekeluarga.

Sesiapa yang nak hulurkan bantuan:

Saat kita susah ada lagi susah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa hibanya apabila mengetahui masih ada individu yang memerlukan. Mereka juga berharap agar ada pihak yang membantu menghulurkan keperluan untuk mereka sekeluarga.

Dia ada jual ubat semua rumah ke rumah

Dia pernah minta bantuan rumah tapi tak ada tanah

Semoga urusan dipermudahkan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Ain Zul

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.