“Banjir Datang Lagi,” Gel0mbang Kedua Mula Melanda Kelantan

PENDUDUK di Kelantan sekali lagi diuji apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu yang mana jajahan Jeli mula dinaiki air sejak lewat malam Selasa.

Setakat pukul 7.45 pagi Rabu, sebanyak tujuh pusat pemidahan sementara (PPS) dibuka di Jeli.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, 441 mangsa melibatkan 103 keluarga dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas untuk peringkat pertama.

Lima lagi PPS yang dibuka adalah di Dewan Kesedar dan Awam Pasti Sungai Satan, SK Kalai, Dewan Kesedar Pasti Bukit Lakota, Masjid Gemang dan SK Legeh tetapi masih belum ada penempatan mangsa.

Mangsa terdiri daripada 263 orang dewasa, 52 (warga emas), 154 (kanak-kanak), 24 (bayi) dan lapan orang kurang upaya.

Sementara itu, mengikut publicinfobanjir.water.gov.my paras air di Sungai Golok di Jenob sudah melepasi paras bahaya iaitu 25.30 meter (bahaya 23.50m) dan menunjukkan trend meningkat.

Empat sungai melepasi paras berjaga-jaga ialah Sungai Kelantan di Kusial berada pada bacaan 12.98m (berjaga-jaga 12m), Sungai Golok di Rantau Panjang pula 7.84m (berjaga-jaga 7m), Sungai Lebir di Tualang 28.81m (berjaga-jaga 27m) dan Sungai Pergau di Air Botol Jeli, 71.85m (berjaga-jaga 71.30m).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.