“Contoh Pasangan Artis Yang Berjaya Mengekalkan Keharm0nian Rumah Tangga” Sambut Anniversary Ke-44, Pelakon Veteran Zulkifli Zain Dan Normala Dipuji

Pasangan pelakon dan seniman veteran, Datuk Zulkifli Zain, 73, dan Datin Normala Omar, 61, menyambut ulang tahun perkahwinan ke-44 semalam.

Pasangan itu diraikan bersama anak-anak mereka termasuk pelakon dan pengarah teater Norzizi Zulkifli.

Norzizi memuat naik foto dan video ketika menyambut ulang tahun perkahwinan bersama ibu bapanya di akaun Instagram miliknya.

“Selamat Ulangtahun yang ke 44 Mama Papa. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Selamat Ulangtahun yang ke 44 Mama Papa. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah. ❤️

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji keharmonian rumah tangga pasangan tersebut sehingga berjaya mengekalkannya selama 44 tahun.

“Tahniah! Contoh pasangan artis yang berjaya mengekalkan keharmonian rumah tangga sentiasa sweet, sentiasa berdua saya kagum.

“Alahai sweetnyer semoga bahagia hingga ke jannah.

“Terharu tengok cinta kasih sampai 44 tahun,” komen antara pengikutnya.

Mengimbas latarnya, Zulkifli di era kegemilangannya pernah membintangi drama Tragedi Seri Mersing pada 1985 dan sangat dikenali dengan watak Bentayan.

Bertemu jodoh dengan Normala yang juga pelakon drama Opah sekitar 1975, pasangan bahagia itu dikurniakan lima cahaya mata.

Selain Dr Norzizi, adik beradiknya yang lain ialah Norzaza, 38; Norzazila, 36; Norzazleen, 33, dan Mohd Noor Zabaiq, 29.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.