Pelajar Malaysia Gegar Pentas K0nvo Beri Ucapan Depan 6,000 0rang Di AS

Menjadi satu kebanggaan apabila seseorang anak Melayu yang merupakan warganegara Malaysia menempa nama di luar negara. Lebih-lebih lagi mereka yang berjaya menjadikan pentas akademik sebagai tempat menceritakan asal usul negara tercinta.

Menerusi satu video yang tular sejak semalam, seorang gadis dikenali sebagai Lisa NurMarini Mohd Kamal telah mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi wakil graduan untuk berucap dihadapan 6000 warga Amerika Syarikat di Universiti  Wisconsin Madison.

Datang dari beribu kilometer ke AS

Melalui YouTube Madison Camous Connection, Lisa telah menjelaskan perjalanannya yang beribu kilometer dari negara asal untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Dia yang mendapat biasiswa dari Patronas mengakui bahawa dilahirkan di Amerika Syarikat kerana ibu dan bapanya juga belajar dinegara Uncle Sam itu namun dibesarkan secara penuh di Malaysia.

“Saya datang ke sini melalui biasiswa dan ia merupakan perjalanan yang sangat jauh dari Kuala Lumpur.”Katanya.

Peroleh beberapa anugerah sebelum ini

Memilih bidang geologi bagi mengikuti pengajian di universiti tersebut, Lisa sebelum ini telah berjaya dianugerahkan Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari Jabatan Geosains dan anugerah “On To the Future” daripada Persatuan Geologi Amerika.

Bangga tengok anak bangsa!

Sehubungan dengan itu, YouTube universiti yang memaparkan Lisa berucap telah mendapat komen-komen positif daripada rakyat Malaysia. Masing-masing mengakui berbangga dengan pencapai gadis manis berusia 22 tahun tersebut.

Semoga Lisa terus mengharumkan nama Malaysia dengan menyumbang bakti di Tanah Air. Tahniah diatas hari graduasi tersebut!

Jadi contoh terbaik

Tonton video ucapan:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Madison Camous Connection

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.