“Ramai Tanya Tak Takut Ke Kalau Kapal Terbang Terhmpas” Siapa Sangka Lebih 1,000 Cal0n Tapi Cikgu Kacak Antara 12 Terpilih

SIAPA sangka seorang guru praktikum yang pernah tular sebelum ini kerana wajahnya yang tampan kini mencuba nasib di awam biru.

Muhammad Fildza Daniel berkata dia baharu saja menyertai syarikat penerbangan AirAsia sebagai krew kabin (pramugara) pada 1 Oktober lalu.

“Sebenarnya tiga minggu nak habis practical saya ada nampak iklan cabin crew open interview. Jadi saya pun saja pergi cuba nasib.

“Tak sangka dalam 1,000 lebih calon yang hadir saya antara 12 terpilih untuk jawatan tersebut. Alhamdulillah saya percaya itu rancangan yang Allah aturkan untuk saya,” katanya kepada mStar.

Mesra disapa Fildza, pemuda berusia 21 tahun itu berkata tiada istilah menyesal bergelar pramugara meskipun dia pernah bercita-cita menjadi seorang pendidik sejak kecil.

Fildza seronok dapat merealisasikan impiannya sejak kecil untuk bergelar pramugara.

“Saya tak pernah menyesal tukar karier sebab masa kecik-kecik memang saya pernah bercita-cita nak jadi cikgu dan krew kabin.

“Tapi saya bersyukur sebab Allah bagi saya merasa menjadi cikgu walaupun dalam tempoh yang singkat. Dan kini saya jadi krew kabin salah satu cita-cita saya juga.

“Saya bertuah kerana berpeluang merasai kedua-dua pekerjaan itu. Saya anggap itu rezeki saya,” katanya.

“Ramai tanya saya tak takut ke kalau kapal terbang terhempas? Bagi saya mudah saja, kalau benda tu Allah kata nak jadi maka jadilah ia tidak kira di mana anda berada.”

MUHAMMAD FILDZA DANIEL.

Pramugara AirAsia.

Ditanya mengenai perbezaan antara dua karier itu, Fildza berkata kedua-dua mempunyai keistimewaan tersendiri.

“Sebenarnya saya suka kedua-dua bidang ini. Jadi bagi saya perbezaan tak begitu banyak sebab saya masih memberi perkhidmatan kepada orang ramai.

“Kalau kat sekolah saya mengajar budak-budak tapi sebagai krew kabin saya perlu berhadapan dengan karenah penumpang.

“Sejujurnya dua-dua seronok sebenarnya. Tak boleh nak compare… masing-masing ada pro and cons,” katanya.

Fildza pernah tular di Twitter gara-gara berkongsi gambarnya menjadi guru praktikum di sebuah sekolah rendah di Setia Alam, Selangor pada Julai lalu.

Pada masa sama, Fildza ingin menangkis stigma masyarakat bahawa pekerjaan sebagai krew kabin sesuatu yang glamour.

“Ramai orang ingat jadi krew kabin ni macam glamour je tetapi pekerjaan ini memang mencabar sebenarnya. Hanya krew kabin je yang tahu betapa sukarnya tugas ini.

“Tapi saya enjoy melakukannya. Saya dapat berjumpa dengan orang berbeza, krew berbeza dan tempat berbeza setiap hari,” katanya.

Malah Fildza berkata dia tidak takut mencuba pekerjaan itu walaupun risikonya lebih tinggi.

“Ramai tanya saya tak takut ke kalau kapal terbang terhempas? Bagi saya mudah saja, kalau benda tu Allah kata nak jadi maka jadilah ia tidak kira di mana anda berada.

“Sebenarnya kapal terbang adalah pengangkutan paling selamat di dunia. Lagipun saya dah diberi latihan yang cukup untuk berdepan situasi cemas. Jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Fildza bersama abang dan juga kakaknya.

Anak bongsu tiga beradik itu turut bersyukur kerana keluarganya sentiasa merestui apa yang dilakukannya.

“Pada awalnya mak macam nak saya sambung degree Tesl. Tapi bila saya beritahu saya lulus interview krew kabin dialah orang paling excited.

“Alhamdulillah keluarga sentiasa beri kebebasan kepada saya. Mereka terima keputusan saya untuk jadi krew kabin,” katanya.

Fildza turut berkongsi gambar terbarunya yang segak berpakaian seragam krew kabin AirAsia di Twitternya dengan kapsyen “6pm sunkissed”.

Tweet itu mendapat lebih 5,000 tanda suka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.