“Saya Sedikit Ralat Tidak Bersama Arwh Anak Di Saat Akhlr” Azian Mazwan Sapuwan

“SAYA sedikit ralat apabila tidak dapat bersama arwah ketika dia menghembuskan nafas terakhir,” kata penyanyi, Azian Mazwan Sapuwan mengenai kehilangan anak keempatnya Mohammad Aqil Zulkarnain, 19, yang meninggal dunia di Hospital Selayang, jam 11.30 pagi, semalam.

Azian ketika dihubungi bagaimanapun berkata, sehari sebelum arwah meninggal dunia naluri hatinya dapat merasakan bakal kehilangan anak tercinta selepas hampir tiga minggu berjuang di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sehari sebelum menghadap Ilahi, dia sedarkan diri apabila dapat membuka matanya sedikit.

“Ketika itu saya berada di hospital sedikit lama sehingga ditegur jururawat kerana sudah melebihi waktu lawatan.

“Keesokan harinya saya dimaklumkan anak sudah meninggal dunia namun saya dan suami sempat mengajarnya mengucap. Saya reda dengan pemergiannya,” katanya.

Jenazah Allahyarham Aqil selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya jam 10.30 pagi hari ini selepas disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Menurut Azian, arwah sempat menceritakan situasi yang berlaku kepada dirinya ketika terbabit kemalangan jalan raya pada 22 November lalu.

“Arwah asalnya tidak koma tapi selepas kemalangan dia perlu menjalani pembedahan pada anggota badan yang mengalami kecederaan parah.

“Disebabkan itu, dia perlu ditidurkan atas nasihat doktor bagi memastikan anggota badannya segera pulih. Namun mungkin ajalnya sudah tiba,” katanya.

Difahamkan, arwah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 22 November lalu dan dimasukkan ke ICU akibat kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan.

Enam lagi anak Azian ialah Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Amil, Mohammad Adib, dan Anastasia Ayra.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Metro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.