“Dapat 9A Dalam PT3,” 123 Pelajar Buat Sujud Syukur Di Padang Sek0lah

Semalam ada tarikh keramat dan debaran buat calon-calon PT3 2019, dimana keputusan untuk peperiksaan itu telah diumumkan. Menjengah di media sosial, ramai yang telah memuat naik dan berkongsikan kegembiraan mereka kerana telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Beberapa keping gambar pelajar-pelajar calaon PT3 di Sekolah Sultan Alam Shah, telah tular dan menjadi perhatian ramai. Seramai 123 orang dari 170 pelajar, telah memperolehi keputusan cemerlang dangan menggenggam 9A.

Buat sujud syukur di padang sekolah!

Pelajar-pelajar ini dilihat telah melakukan sujud syukur secara beramai-ramai di padang sekolah mereka. Momen seperti ini sudah tentunya menyentuh hati pelajar, para guru dan juga ibu bapa yang hadir ketika itu.

Memang tradisi setiap tahun…

Mengintai diruangan komen pula, ada yang memberitahu perkara ini sememangnya sering kali dilakukan dan seperti sudah menjadi tradisi oleh para pelajar di sekolah itu.

Tahniah untuk semua calon PT3 2019!

Diruangan komen posting ini, ramai yang telah meninggalkan kata-kata semangat dan ucapan untuk kesemua calon PT3 pada tahun ini. Ramai juga yang tumpang gembira ke atas kejayaan yang telah diperolehi oleh mereka yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang.

Tahniah buat semua!

Buat yang terbaik untuk SPM juga…

Ringkasnya, kejayaan-kejayaan dan juga perkara seperti yang seperti ini perlu dicontohi dan dijadikan sebagai inspirasi buat semua. Diharapakan, dengan kejayaan yang dicapai ini, akan dapat membanggakan ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk anak-anak mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Salina Zakaria.

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.