“Dia Bekas Tunang Dan Kami Tiada Kaitan Lagi” Hafreez Enggan Komen Isu Penyebaran Video Mesej Perbualan Zara Zya

Pelakon Hafreez Adam enggan mengulas lanjut mengenai penyebaran video paparan mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang mengaitkan bekas tunangnya, aktres Zara Zya dengan individu lain baru-baru ini.

Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 29, menegaskan, dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan pelakon drama Tuan Anas Mikael itu.

“Sejujurnya saya memang dah tak nak beri komen lagi mengenai dia (Zara). Hari yang saya buat keputusan untuk berpisah adalah hari yang saya tidak mahu lagi ada kaitan dengan dia.

“Jadi, saya tidak mahu komen mengenai isu video perbualan itu sebab dia tiada kaitan dengan saya dah. Dia bekas tunang dan kami tiada kaitan lagi,” katanya seperti yang dilapor portal Mstar.

Sebelum ini, sepotong video yang memaparkan rakaman perbualan mesej yang mendakwa Zara dengan seorang individu lain tersebar.

Perbualan mesra itu dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan mereka terlerai.

Bagaimanapun, Zara kemudian menafikan dakwaan yang mengatakan wujud orang ketiga dalam perhubungan mereka sebelum ini.

Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu selepas dikatakan mula menjalin hubungan apabila digandingkan bersama dalam drama Mona Lisa

Bagaimanapun, hasrat mereka untuk mengakhiri zaman bujang pada 10 Oktober 2020 tidak kesampaian apabila mereka dilaporkan memutuskan ikatan sebulan selepas bergelar tunangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.