“M0tor R0sak Dalam Hujan,” Pemandu Bas Rapid Tidak Ragu2 Beri Pert0longan

Tidak semua mempunyai rasa keperihatinan yang tinggi terhadap kesusahan orang sekeliling. Jika diperhatikan sejak kebelakangan ini, ramai yang hanya mampu melihat dari menghulurkan bantuan kepada mereka.

Semalam tular di laman Twitter, tindakan pemandu bas Rapid yang dikatakan telah membantu seorang penunggang motor yang rosak ditepi jalan. Lebih mengharukan, pemandu bas berkenaan membawa penunggang dan motornya sekali ke dalam bas Rapid itu.

Motor rosak, kebasahan dalam hujan

Cebisan rakaman mengenai kejadiaan itu, telah sempat dirakam oleh salah seorang penumpang yang berada di dalam bas berkenaan. Keadaan dan cuaca ketika itu dikatakan agak buruk kerana hujan turun dengan agak lebat yang berlokasi di tol Sunway.

https://twitter.com/fiezapinky/status/1207605007953977344

Siap hantar depan bengkel motor!

https://twitter.com/fiezapinky/status/1207625900717572097

Ramai yang risau!

Disebabkan tersebarnya video berkenaan, warga netizen agak risau dengan tindakan yang bakal setelah perkara ini diketahui oleh pihak atasnya. Dia dikatakan akan dikenakan tindakan kerana telah melanggar SOP kerjanya.

Ramai yang risau keadaan pemandu berkenaan

Tak semua perlu rakam dan sebarkan

Harini kita tolong orang…

Tolong jangan denda pemandu bas ni!

Pihak RapidKL beri maklum balas!

Perkara yang dilakukan pemandu itu sangat murni dan meraih pujian rata-rata yang melihatnya. Pada masa yang sama, ramai yang merayu agar pemandu berkenaan tidak dikenakan sebarang hukuman.

Disebabkan itu, pihak RapidKL telah membalas posting berkenaan dan menjawab persoalan yang diajukan oleh netizen.

Tindakan pemandu menolong orang lain dalam kesusahan, wajar diberikan pujian dan dijadikan sebagai inspirasi. Tidak perlu berasa ragu-ragu untuk menghulurkan bantuan, kepada insan yang sememangnya berada dalam keadaan susah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Fieza. Via OMM

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.