“Sampai Sekarang Saya Tak Tahu Kenapa…” Ammar Alfian Thr0wback Zaman Hero Remaja

Pelakon Ammar Alfian berkongsi beberapa foto throwback ketika dia menyertai program Hero Remaja pada tahun 2007.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.

Menurut Ammar, dia dan semua rakan seperjuangannya hanya bergantung harap pada usaha dan bakat sahaja kerana belum wujud penggunaan media sosial ketika itu.

“Ini zaman belum wujudnya media sosial untuk mempromosikan diri, apa yang kami ada hanyalah usaha dan bakat.

“Kami semua muda dan betul-betul mahu belajar tentang bidang yang baru diceburi itu, sampai sekarang saya tak tahu kenapa saya masuk pertandingan ini.

“Apa yang saya tahu ketika itu adalah untuk menjadi diri sendiri walaupun ada yang tidak menyukai saya,” tulis Ammar sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, ada juga yang memuji susuk tubuh menarik yang dimiliki Ammar sejak zaman mudanya.

Sekadar info, Ammar mula berkecimpung dalam bidang hiburan pada sekitar tahun 2008 selepas penyertaannya dalam Hero Remaja.

Populariti yang dibinanya itu bertahan sehingga kini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.