“8 Bulan Hilang Tanpa Jasad,” Bapa Masih Berharap Anak Ditemui Dengan Selamat

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook bernama Mohd Fauzi telah memuat naik sebuah posting mengenai anaknya yang hilang sejak beberapa bulan lalu.

Menurut posting berkenaan, kelmarin merupakan hari ke- 245 sejak anak lelakinya yang berusia 8 tahun hilang di perkarangan rumah mereka iaitu di Pangsapuri Seri Dahlia, Kajang.

“Hari ke 245 besamaan 8 bulan 3hari. Assalamualaikum.wbt, Kehilangan anak saya masih belum di jumpai hingga kini.

“Cobaan demi cobaan, dugaan demi dugaan kami hadapi dan bermacam fitnah dilontarkan. Kami redha ketentuan illahi.

“Di dalam hati tidak pernah berputus asa mencari zahir. Kami sekeluarga memohon kepada rakan² berdoa bersama supaya pencarian anak kami, Zahir, ditemui,” katanya.

Meskipun sudah hampir sembilan bulan, ibu bapa kanak-kanak tersebut masih berharap agar anak mereka dijumpai dalam keadaan yang sihat dan selamat.

Mohd Fauzi berkata, mereka tidak akan sesekali berputus asa mencari Zahir malah turut memohon agar warga netizen mendoakan supaya usaha pencarian anak mereka dipermudahkan.

Posting berkenaan mengundang dalam kalangan netizen dan kebanyakan daripada mereka mendoakan agar usaha pencarian Zahir dipermudahkan.

Semoga dipermudahkan urusan

Semoga Zahir dapat jumpa dengan cepat

Saya turut bersimpati

Pertemukanlah anaknya

Kuatkanlah hambu mu ketika menghadapi ujian

Kau bukakan lah jalan buat keluarga ini, Ya Allah

Terdahulu, Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi dilaporkan hilang pada 15 April yang lalu ketika dia bermain di kawasan rumahnya pada waktu Maghrib.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Mohd Fauzi

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.