Bapa Remy Ishak Menlnggal Dunia, K0ngsi F0to Bersama Ketika Di H0spital

BAPA kepada pelakon terkenal Remy Ishak iaitu Ishak Idris meninggal dunia pada awal pagi, Sabtu.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 37, berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagramnya pada pagi Sabtu.

Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu turut memuat naik foto bersama Allahyarham di sebuah hospital.

“Ayah saya Ishak Bin Idris menghembuskan nafas yang terakhir pada awal pagi tadi. Al-fatihah untuk ayah saya,” tulisnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Pulang itu tidak memberi sebarang maklumat mengenai penyakit yang dialami dan punca Allahyarham bapanya meninggal dunia.

 

View this post on Instagram

 

Ayah saya ISHAK BIN IDRIS menghembus nafas yang terakhir awal pagi tadi. Al fateha untuk ayah 😔🙏🏻

A post shared by Remy Ishak (@remyishak) on


Remy tidak memberi maklumat lanjut mengenai punca bapanya meninggal dunia.

Sementara itu, rata-rata netizen  dan rakan selebriti memberi ucapan takziah dan mendoakan agar arwah bapa Remy ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Menerusi laporan pada 27 Jun tahun lalu, Remy mendedahkan hubungan dia dan bapanya semakin rapat semenjak membintangi filem Pulang pada tiga tahun lalu.

Menurut Remy, skrip dan jalan cerita filem itu yang mengisahkan seseorang kehilangan bapa telah membantu memulihkan hubungan dia dan bapanya.

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.