Kant0i Beli Pengikut IG, Kim Kardashian CembVru Kylie Jenner Lebih P0pular Di Media S0slal

SIAPA sahaja tidak mengenali bintang Hollywood terkenal, Kim Kardashian dan Kylie Jenner yang semestinya dua beradik ini sering mendapat perhatian di media sosial.

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila Kim terkantoi didakwa membayar pihak ketiga untuk membantu menaikkan pengikut di laman sosial miliknya.

Malah perkara ini didedahkan oleh laporan portal Radaronline.com secara eksklusif mengatakan bahawa tindakan Kim bertujuan agar dia dapat bersaing dengan adik bongsunya, Kylie Jenner.

Kim Kardashian merupakan kakak kepada usahawan dan model Kylie Jenner.

Menurut sumber, hampir 20 peratus daripada pengikut Kim di Instagram terdiri daripada pemilik akaun palsu.

“Kim sedikit terkesan apabila pengikut laman sosial Kylie sentiasa meningkat. Dia sentiasa ingin menjadi yang pertama, dia seorang yang sangat kompetitif,” katanya.

Pemilik kosmetik jenama KKW BEAUTY, Kim, 39,  kini memiliki 154 juta pengikut di Instagram manakala, adiknya Kylie, 22, mempunyai 153 juta pengikut.

Namun penglibatan profil Kylie mencatat jauh lebih tinggi berbanding Kim. Ini dapat dibuktikan dengan setiap foto yang dimuat naik oleh Kylie di profilnya, mendapat kira-kira 30 peratus lebih tanda suka berbanding foto yang dimuat naik oleh Kim.

Posting yang dimuat naik Kylie meraih lebih banyak tanda suka berbanding posting pada Instagram Kim.

“Dia mendapat tiga hingga empat kali lebih tanda suka atau komen berbanding Kim.  Ia benar-benar membunuh ego Kim dan itulah sebab kenapa Kim sering membuat posting di Instagram.

“Dia cuba untuk meningkatkan kiraan tanda suka agar dia tidak kelihatan kurang popular daripada adiknya,” kongsi sumber.

Sementara itu, Kylie juga berjaya menyandang sebagai bintang yang paling banyak memuat naik posting di Instagram selama dua tahun berturut-turut sepanjang tahun 2018 dan 2019. Manakala, Kim pula menduduki tangga keempat pada tahun ini.

Tambahan pula, akhir-akhir ini, Kim dilihat sedikit lantang mengeluarkan pendapatnya untuk menyingkirkan butang tanda suka di platform media sosial.

“Demi kesihatan mental, ia adalah baik untuk menyingkirkan tanda suka pada Instagram dan kita perlu mengambil itu dari aspek jauh lebih baik kerana ia sangat bermanfaat untuk orang ramai,” kata Kim di sebuah acara The New York Times DealBook pada 11 November lalu.

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.