Benarkan ‘Pemuda Berm0tosikal Naik Bas’, Kec0h Pemandu Rapid KL Mungkin Dibuang Kerja Sebab Tak Ikut SOP “Muka Garang Nampak Sisi Lain Dia”

Bercakap kepada, individu yang merakamkan insiden tersebut berkata, kejadian berlaku pada waktu puncak petang Khamis lalu ketika orang ramai pulang bekerja.

Hanya mahu dikenali sebagai Pinky, katanya ketika itu bas Rapid KL dalam perjalanan dari Kelana Jaya ke Putrajaya berkenaan baru melepasi kawasan tol di Sunway, Selangor.

“Masa tu hujan lebat selebat-lebatnya dan berlaku kesesakan lalu lintas di lebuh raya. Ada seorang penunggang motosikal sedang mencangkung di tepi lebuh raya sedang memeriksa motosikalnya.

“Memandangkan kesesakan lalu lintas teruk, pemandu sempat menegur penunggang motosikal tu dan minta bawa masuk motosikal menerusi platform yang digunakan untuk OKU atau penumpang berkerusi roda,” katanya kepada mStar sambil menambah perkongsiannya dipadam selepas menerima kecaman hebat netizen kerana membuat rakaman tersebut.

Respons Rapid KL kepada Pinky.

Pinky yang menetap di Dengkil, Selangor berkata, penunggang motosikal berusia awal 30an itu dalam keadaan basah kuyup kelihatan cukup lega apabila ada pihak yang sedia membantunya.

“Dalam keadaan hujan yang sangat lebat tu, dia nak keluarkan telefon untuk buat panggilan pun tak dapat walaupun pakai baju hujan.

“Pemandu bas tu kata saya kasihan tengok awak ni sebab tak ada siapa pun nak tolong awak dari tadi. Memang nampak lega pada wajah dia bersyukur bila ada yang nak bantu dia,” tambahnya.

Sering menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL dari Putrajaya ke Kelana Jaya untuk ke tempat kerja, menyebabkan ibu dua anak itu pernah menaiki bas yang dipandu oleh pemandu sama.

“Kalau tak silap nama dia Sharifuddin. Pakcik ni nampak garang dan suara dia tegas. Tapi tak sangka masa dia tolong penunggang motosikal tu, nampak sisi lain dia.

“Rupa-rupanya pakcik ni baik hati membantu, nampak air muka dia cukup tenang. Saya dan penumpang lain terkedu dengan kemuliaan hati dia,” ujarnya lagi.

Penjelasan daripada Rapid KL.

Menurut Pinky, pemandu bas itu tidak melencongkan laluannya, sebaliknya menurunkan lelaki tersebut di tepi lebuh raya di Puchong, dekat sebuah bengkel motosikal.

“Penunggang motosikal tu berkali-kali cakap terima kasih. Mungkin penunggang tu nak hulur sesuatu, pakcik tu kata tak perlu bayar, kira sedekah.

“Saya rakam video tu sebab nak tunjuk kemuliaan hati pakcik tu yang sanggup membantu orang awam. Ya, memang ada SOP tapi kadang-kadang dalam keadaan kecemasan, sikap perikemanusiaan perlu ada.

Saya rakam video tu sebab nak tunjuk kemuliaan hati pakcik tu yang sanggup membantu orang awam. Ya, memang ada SOP tapi kadang-kadang dalam keadaan kecemasan, sikap perikemanusiaan perlu ada

PINKY

“Boleh katakan 80 peratus puji tindakan pemandu bas tu, dah 20 peratus kecam saya sebab video saya tu boleh menyebabkan pakcik tu dibuang kerja sebab tak ikut SOP semasa bertugas,” katanya sambil berharap pihak Rapid KL tidak mengenakan tindakan tatatertib terhadap pemandu bas berkenaan.

Pada Jumaat, Rapid KL menerusi akaun Twitter @AskRapidKL memberi respons kepada Pinky bahawa pemandu bas mereka dilatih untuk sentiasa menjaga keselamatan dan memberi layanan yang terbaik kepada penumpang dan orang awam.

Rapid KL menyokong tindakan pemandu bas tersebut.

Ia berkata, pemandu bas bertindak untuk memberi bantuan yang sewajarnya berikutan penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan dan motosikalnya rosak.

“Dalam situasi jalan yang dinaiki air banjir dan boleh membahayakan penunggang motosikal tersebut, kapten bas (pemandu) telah mengambil tindakan untuk membantu penunggang berkenaan dengan menumpangkan motosikalnya dalam bas.

“Walaupun ini bukan amalan kami, kami sentiasa menyokong amalan yang baik good deeds kepada orang awam. Ini kan budaya Malaysia,” menurut kenyataan itu sambil berterima kasih berkongsi kisah kebaikan pemandu mereka.

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.