Kini Sah Bergelar Isteri, Fara Hezel Langsung Majlis Persandingan Ala Kuning Di Raja

Terukir senyuman kebahagiaan penyanyi, Fara Hezel yang kini sah bergelar isteri kepada usahawan, Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin.

Difahamkan, pasangan ini telah mengadakan majlis persandingan iaitu di kediaman keluarga Fara di Kuala Kubu Bahru, Selangor.

Menariknya, Fara dan suami kelihatan sangat secocok apabila memakai busana tradisional melayu yang berwarna kuning diraja ketika majlis persandingan itu berlangsung.

Kakak kepada penyanyi Aiman Tino, sah bergelar isteri kepada Kamal dan menerima wang mas kahwin sebanyak RM400 dan wang hantaran bernilai RM20,000.

Sekadar informasi, Fara atau nama sebenarnya, Nurfaraazira Yusri mula mengenali Kamal yang menjalankan perniagaan sendiri, selain aktif menyanyi di sekitar Kuala Terengganu sejak tiga tahun lalu.

Pasangan ini telah melangsungkan majlis pertunangan pada 6 Julai lalu yang diraikan secara sederhana hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat. 

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Fara Hezel

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.