Saharul Ridzwan Bimbang Isteri Demam Panas Ketika Hamil Empat Bulan “Waktu Saklt Pun Dia Ingat Perut Suami”

PELAKON Saharul Ridzwan memberitahu dia berasa bimbang melihat keadaan isterinya, Qaabila Deena Emir yang kini sedang hamil mengalami demam panas sejak Jumaat.

Bagaimanapun Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkata demam yang dialami itu disebabkan jangkitan dan tidak melibatkan kandungan isterinya yang sudah mencecah empat bulan.

Menurut Saharul, Deena kelihatan lebih cepat penat dan mengalami alahan yang teruk berbanding ketika hamil anak pertama mereka.

 

View this post on Instagram

 

“Awak makan apa ni pagi?” . Suhu badan 39.6’c masa awal2 sampai pusrawi, lebih kurang pukul 6.30pagi tadi. Dia tak boleh tidur satu malam, tapi taknak kejutkan suami, bila bangun subuh baru ckp mintak belikan ais sebab badan rasa panas sangat. So sy pegang kepala, panas sangat2, terus ke Pusrawi. Masa tengah menunggu nak masuk ward, banyak kali dia tanya saya, “awak makan apa ni pagi?”. Time sakit2 pun masih ingat perut suami ni ye. 😢❤️ . Demam balik dia petang ni, temperature naik 39 balik. Tadi tengahari dah okay sikit. Semoga Allah berikan kemudahan dan kesihatan yang baik pada isteri dan baby dalam kandungan. Tolong doakan wife dan baby kami ye? Thank you for all your doas. Amin Ya Rabb. ❤️

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on


Saharul berkongsi mengenai keadaan isterinya.

“Isteri saya dimasukkan wad pada Jumaat selepas suhu badannya mencecah hampir 40 darjah celsius tapi Alhamdulillah keadaannya semakin pulih sekarang.

“Saya bimbang juga melihat keadaan dia sebab tengah hamil empat bulan. Tapi demam kali ini memang tak ada kaitan dengan kehamilannya.

“Mungkin disebabkan virus dan musim orang demam. Cuma kali ini dia mengandung memang beza. Dia cepat penat dan terbaring saja disebabkan muntah,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, pelakon drama 30 Pesanan Suara ini ada memuat naik foto isterinya yang sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur di Instagramnya.

Saya bimbang juga melihat keadaan dia sebab tengah hamil empat bulan.

SAHARUL RIDZWAN

Pelakon

Saharul menerusi laman Instagram mendedahkan biarpun dalam keadaan tidak sihat, wanita itu tetap mengambil berat mengenai dirinya.

“Dia tak boleh tidur satu malam tapi tak nak kejutkan suami, bila bangun subuh baru cakap minta belikan ais sebab badan rasa panas sangat.

“Jadi, saya pegang kepala, panas sangat-sangat, terus ke Pusrawi. Masa tengah menunggu nak masuk wad, banyak kali dia tanya saya, ‘awak makan apa ni pagi?’.

Saharul dan isteri bakal timang anak kedua.

“Waktu sakit-sakit pun masih ingat perut suami ini ya. Semoga Allah berikan kemudahan dan kesihatan yang baik pada isteri dan baby dalam kandungan.

“Tolong doakan isteri dan baby kami ya? Terima kasih atas doa anda semua,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.