“Usop Buat Gigi Bagi Masuk Dalam Sikit” Peminat DM Suruh Buat Gigi, Jawapan Usop Memang Padu

Bekas peserta sebuah rancangan realiti TV iaitu Mentor, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 22 mula dikenali ramai selepas berjaya menyandang gelaran naib juara dalam program Mentor Milenia 2017 di bawah didikan penyanyi Hazama.

Anak kelahiran Kedah itu menjadi tumpuan kerana memiliki suara yang sangat ‘jantan’ disamping karakternya yang unik.

Kini beliau bernaung di bawah label, Rocketfuel telah merakamkannya  single yang bertajuk Matahari, Nama Terindah, Aku Yang Bersalah dan Selamanya.

Baru-baru ini, Usop telah memuat naik satu foto screenshot mesej yang diberikan oleh salah seorang peminatnya. Peminatnya memberikan cadangan supaya Usop membuat gigi untuk kelihatan lebih ‘handsome’.

Menurut Usop ini bukanlah kali pertama peminat memintanya berbuat demikian. Bagi Usop, beliau bangga dengan keadaan giginya dan kerana gigi itu yang menyebabkan ramai yang mengenali beliau. Malah menurutnya dengan gigi itu lah beliau mencari rezeki.

Benda ni selalu orang dm…Nak cakap sikit ja saya bangga ada gigi macam ni…sebab gigi saya la orang ramai kenai saya and alhamdulilah dengan gigi ni la saya cari rezeki.

#morning #usop #salamjumaat

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai peminat dan juga rakan artis. Mereka rata-rata menyokong tindakan Usop dan menasihati beliau supaya tidak mengendahkan soalan yang sebegitu.

Selagi gigi tu x memudaratkan boleh je. Jgn ikut sgt mcm artis lain. Biar kita ada style kita sndiqi.

Sapa yg tak paham tu ntahla..kami suka usop yg original..gigi tu bukan masaIah..so klu boleh jgn sebut pasal gigi lg lah ya..kami fans bangga dgn adik tau #jadidirisendiri #bukanbesabesa #usopselamanya #foreverwithusop

Kakak suka keyakinan Usop..syukur yakin dengan pemberian Allah…semoga Allah buka kan rezeki lebih luas

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lepat pisang

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.