Adik Syafiq Kyle Gagall Uji Bakat Hero Remaja 2020, Ini Resp0n Si Abang

Mahu mengikuti jejak langkah abangnya, Syafiq Kyle dalam dunia lakonan dan peragaan, adiknya, Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak mencuba nasib apabila menghadiri ujibakat Hero Remaja 2020.

Dalam pada itu, bekas pelajar Aswara terbabit turut mendapat sokongan dari abangnya untuk menyertai program tersebut.

“Saya datang ke uji bakat Hero Remaja adalah untuk mencuba nasib dan sememangnya saya ingin menjadi seorang pelakon dan ikon kepada remaja.

“Abang saya memang tahu saya nak datang casting Hero Remaja dan dia sangat-sangat supportive. Dia cakap pergi saja. Dapat tak dapat tu belakang cerita. Paling penting, saya tahu apa yang saya nak buat dalam hidup saya.

“Pesanan dia yang saya paling ingat adalah just be yourself, jangan gopoh dan kelam-kabut. Jadi diri sendiri, biar mereka dapat lihat keunikan yang ada dalam diri saya,” katanya seperti dipetik Remaja.


Mungkin nasib tidak menyebelahi Syazwan, 22, apabila gagal melepasi ujibakat tersebut di peringkat kedua (stage 2).

Bagaimanapun, Syazwan telah memaklumkan perkara itu kepada abangnya dan memuat naik perbualan menerusi aplikasi Whatsapp di Insta Stories.

Menurut Syafiq, dia telah memberikan kata-kata semangat kepada adiknya itu.

“Syazwan, ni baru sikit kekejaman yg kau terima walaupun kau belum masuk industri. Line ni memang banyak kebodohan kerosakan & kekejaman.

“Aku harap kau faham dan kau tak perlu frust pun sbb frust tu yg tunjuk weakness kau dekat org sekeliling. Sepatutnya kau gelak dan seronok sebab kebodohan apakah yg kau hadapi ini.

“Hahaha tapi kalau kau pilih jalan ni, kau kena get ready utk apa je keputusan utk masa depan kau. Kau budak baik, kau tak perlu jadi baik utk org baik dgn kau.

“Sebab bnyk org jahat yg semua org baik syg. Lama2 nanti kau akan faham. Aku bangga dengan kau sbb kau berani cuba apa yg kau patut cuba dalm hidup kau. Tak ada apa pun kau nak fikir pasal Hero Remaja ni. Tuhan plan the best for you, Trust me! Good brotha!,” kata Syafiq. 

Terdahulu, Syafiq atau nama penuhnya Mohamad Syafiq Shamim pernah menyertai Hero Remaja 2011/12 dinobatkan sebagai naib juara, manakala Fattah Amin diumum sebagai juara.

Sementara itu, ujibakat pencarian Hero Remaja yang bermula sejak Sabtu dan Ahad lalu telah melayakkan kira-kira 20 peserta.

Malah, pencarian tersebut diteruskan lagi pada 28 dan 29 Disember ini di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Syarat penyertaan seperti dibawah:

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: media hiburan

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.