Peccah Perut T0nton Lakonan Azhan Rani Dalam J.K.K

Memasuki episod ke 12, rancangan sitkom J.K.K di TV3 semalam menyaksikan Azhan Rani sebagai tetamu jemputan. Tajuk bagi minggu ini adalah ‘Pakej Umrah’. Kehadiran Azhan Rani dalam J.K.K minggu ini memang buat ramai terhibur.

Sitkom J.K.K yang berlatarbelakangkan mengenai penduduk Kampung Kalut yang sememangnya sentiasa riuh dengan pelbagai isu. Biarpun begitu dalam episod kali ini, kehadiran Azhan Rani dalam J.K.K minggu ini memegang watak sebagai ustaz Iman.

Dia yang datang ke kampung Kalut itu sebagai salah seorang watak ustaz untuk membawa Pak Kodi dan Pak Din ke Umrah. Namun begitu watak Ustaz Iman ini hampir sama Ustaz Madi yang mana individu ini adalah ‘orang yang menunggang agama’.

Watak Azhan Rani itu sememangnya buat ramai berdekah dengan gelagatnya. Berikut adalah beberapa petikan yang dikongsikan oleh pelakon ini melalui sosial media miliknya:

 

View this post on Instagram

 

@ebbyyusoriginal @ropie_sryn_ @isseyfazlisham @shuk_hotfm @ainedruce @salmanalfarisiseniman @erynesa

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on


Untuk episod penuh boleh tonton di siaran YouTube TV9 Official.

Episod kali ini telah meraih lebih 21,000 tontonan dan pelbagai reaksi dari netizen ditinggalkan di ruangan komen seperti berikut:

“Lakonan Azhan Rani masih berbisa pegang watak jahat. Mantap tabik hormat kepada JKK Kampung Kalut”

“Episod ni kelakar gilerr..aku suka part ustaz kejar Lola sambil nyanyi..”

“Bro Azhan ni memang kelakar dan profesional. Menjiwai watak ustaz gatai. Hahahah..kelakar gila episod ni..”

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Azhan rani

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.