Terpalit Banyak K0ntroversi Baby Shima Ditvduh Sengaja Cipta Publisiti Mvrahan “Saya Tak Kisah Apa 0rang Cakap”

TAHUN 2019 merupakan tahun mencabar buat penyanyi Baby Shima apabila namanya terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menjadi perhatian media di Malaysia dan Indonesia.

Mengakui kontroversi yang timbul bukanlah atas kehendak dirinya, Shima menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya dia gemar mencipta gimik murahan untuk meraih populariti.

“Saya akui nama agak panas pada tahun ini apabila terpalit dengan kontroversi dan beberapa isu… sampaikan apa-apa benda terjadi orang kata itu hanya gimik.

“Terpulanglah, hak mereka nak percaya atau tidak sebab saya tak boleh nak tutup mulut mereka… benda tak jadi pada mereka, bolehlah cakap macam tu!

“Kalau nak gelar saya ratu gimik sekalipun terpulang sebab saya bukan jenis ambil kisah orang nak cakap apa,” katanya .

Karier nyanyian Baby Shima berkembang baik di Indonesia.

Awal tahun ini, nama Baby Shima menjadi sebutan di Indonesia apabila terkait dengan kes pelacuran atas talian.

Dia juga mencipta kontroversi apabila bergaduh dan bertengkar dengan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.

Alhamdulillah, karier saya di Indonesia semakin baik dan sekarang saya menetap di sana, kalau ada program di Malaysia baru balik sini!

BABY SHIMA

Penyanyi

Meskipun terpalit dengan kontroversi, Baby Shima berkata tawaran persembahan dan karier nyanyiannya di Indonesia berkembang baik sehingga dia mengambil keputusan untuk menetap di sana.

“Alhamdulillah, karier saya di Indonesia semakin baik dan sekarang saya menetap di sana, kalau ada program di Malaysia baru balik sini.

Kedatangan Baby Shima disambut baik oleh peminat di Indonesia.

“Sejujurnya rutin harian ini agak memenatkan tapi saya tak rasa ia satu bebanan, peminat di Indonesia juga menyambut kedatangan saya dengan begitu baik,” ujarnya.

Sementara itu, Shima berkata karier seninya di Indonesia tidak terganggu meskipun kedua-dua negara pernah berdepan beberapa isu sehingga timbul ketegangan di media sosial.

“Kalau ada isu membabitkan dua negara, kita tengok di laman sosial memang riuh tapi hakikatnya di sana macam tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya okay dan terkawal.

“Netizen ni di laman sosial sahaja yang lebih-lebih tapi bila depan-depan semua okay, jadi isu membabitkan negara ini tidak pernah menganggu karier saya,” katanya.

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.