Atas Faktor Kesihatan, Mawar Rashid Tak Bawa Anak Ke London

Pelakon Mawar Rashid mendedahkan dia telah berangkat ke London bersama suaminya, pelakon Raf Yaakob semalam.

Mawar bagaimanapun terpaksa meninggalkan anaknya, Raden Muhammad Rafael yang baru berusia sembilan bulan atas faktor kesihatan.

“Mommy baru habis shooting semalam. Harini terus pergi London tinggalkan Rafael.

“See you on 28th sayang. Ticket Rafael dah beli, tapi kitorang risau bawak Rafael sebab masih baby lagi.

“Dia pun baru keluar hospital haritu. Kita tak tau apa penyakit kalau bawak pergi airport dan luar negara tu.

“Jadi buat masa sekarang kitorang elak dulu. Kesian kat Rafael kalau pape jadi.

“Duit takpe boleh cari, kalau anak jatuh sakit, dia punya risau tak boleh beli ubat.

“Gonna miss you sayang.. Duduk baik-baik sama Abai(nenek) ya,” tulisnya di Instagram (IG).


Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas.

Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.