“K0s Yang Tinggi Masalah Semakin Banyak” Aliff Syukri K0ngsi PerIt Membesarkan Anak-Anak

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akui bukan perkara mudah untuk membesarkan keenam-enam orang anaknya.

Kata Aliff untuk menguruskan mereka ia memerlukan kos dan komitmen yang tinggi.

“Inilah harta sekali galanya yang amat bernilai. Secara jujurnya bukan satu benda yang mudah untuk membesarkan enam orang anak..

“Kos yang tinggi masalah yang semakin banyak dan komitmen yang tinggi. Doakan keluarga kami selamat dan saya dimurahkan rezeki..

“Semoga anak-anak yang hadir dalam hidup saya ini akan memberikan rezeki yang lebih kepada saya untuk ke jalan Allah,” kongsinya di Instagram (IG).

Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.

Shahida baru sahaja melahirkan seorang anak perempuan, Raudhah Arshiyah pada 19 Disember lalu.

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.