“Kalau Sorang Saya Belanja” Tak Cukup Duit Cash, Cashier Baik Hati Tetap Proceed Order Siap Bagi Pinjam M0tor Lagi

Ternyata di Malaysia ni masih ramai orang yang baik hati dan sudi membantu mereka yang memerlukan. Bukannya sekadar nak ambil kesempatan.

Baru-baru ni, viral di Facebook kisah seorang cashier yang katanya mempunyai hati yang sangat mulia. Kejadian ini telah berlaku di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh, dua hari lepas.

“Pakcik nak order banyak ke? Kalau untuk seorang tak apa saya belanja” 

Menurut Roslan Hassan, semuanya bermula apabila dia singgah di A&W Hentian Rehat Ayer Keroh untuk memesan makanan. Namun malangnya dia tidak mengeluarkan sebarang wang dari ATM dan queue pada masa tu sangat panjang.

Ingatkan nak bayar guna debit card, tapi restoran tersebut tak terima pulak. Pada masa tu lah Roslan ‘terpesona’ dengan sikap cashier tersebut bila dia offer nak ‘belanja’ makanan tu kalau Encik Roslan ni seorang je makan. Tapi… 

“Pakcik boleh bawa motor tak?” 

Selepas mengusulkan supaya Roslan mengambil wang di ATM terdekat (tapi jauh jugalah kalau nak berjalan), cashier tersebut siap nak bagi Roslan pinjam motosikalnya lagi untuk memudahkan ambil wang di ATM. Aduh baiknya hati…

Tapi mujurlah Roslan bertembung dengan isteri dan anak-anaknya dan dia pinjam je duit mereka untuk bayar kepada cashier tersebut.

“We need more people like this young man…” 

Rata-rata netizen memuji sikap cashier bernama Firdaus Fitri ni dan berharap semoga lebih ramai lagi orang muda mencontohi sikap baiknya ni. Jarang tau nak jumpa orang baik hati macam ni ye, percaya dengan customer sampai nak bagi pinjam motor.

Mari kita doakan cashier ni semoga dapat naik pangkat ye gais! 

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.