“Mommy Memang Berhajat Untuk Tengok Anak2 Mommy Jadi Al Hafiz”

Pelakon terkenal, Rita Rudaini menerusi Instagram berkongsikan dia bersama anak-anak, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, telah dijemput ke tanah suci, Mekah.

Mengucapkan selamat tinggal, Rita Rudaini dilihat bersyukur kerana dijemput ke sana disamping memohon agar dia serta anak-anak dijemput lagi.

“Selamat tinggal rumah ALLAH… tkasih kerana menjemput dan menerima kehadiran kami… ku mohon moga kami dijemput lg ke rumahMU YA ALLAH… tkasih kerana beri kesihatan yg baik pd kami bertiga selama berada di tanah suci MU…”, tulisnya.

Dalam pada itu, beberapa perkongsian pelakon ini membuatkan pengikut dan peminat tersentuh. Selain turut tumpang gembira malah bersyukur melihat dia bersama kedua-dua anaknya.

 

View this post on Instagram

 

13/12/2019 penutup tahun 2019…..Hari pertama sampai untuk ke Madinah Al-Munawwarah… #theAiritsJourney

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on


Selain itu, video dimuat naik tentang anaknya juga meraih perhatian ramai selain rata-ratanya mendoakan pelakon ini dan kedua-dua anaknya.

Hajat Rita Rudaini


“Mommy mmg berhajat utk tgk anak2 mommy jd al hafiz sebelum mommy tutup mata… anak2 lelaki saham mommy disana… insyaAllah moga di perkenankan olehNYA…”, ujar pelakon ini menerusi Instagram.

Hajat dan doa Rita Rudaini menerima pelbagai maklum balas positif dan ada diantaranya memuji cara didikan pelakon ini yang sejak kecil sudah teratur.

Amin… semoga menjadi kenyataan

Alhamdulillah semoga menjadi anak yg soleh…

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Rita Rudaini

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.