Ramai Akui Sebak Selepas Tonton Iklan McD Prosperity Terbaru Ini

Kebiasaannya bila tiba musim perayaan pastinya pelbagai jenama berlumba-lumba untuk mengeluarkan iklan yang paling hebat. Namun begitu, terbaru iklan McD Prosperity ini telah meraih perhatian ramai.

Iklan McD Prosperity ini dikatakan paling sedih dan menjadi tular di sosial media selepas dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter. Perkongsian oleh Alia Natasha itu telah meraih lebih 180,000 tontonan.

Iklan berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan mengenai seorang anak yang baru pulang ke tanah air selepas selesai pengajiannya di luar negara. Setibanya di lapangan terbang, gadis tersebut tercari-cari bapanya. Namun tidak jumpa.

Berlatabelakangkan restoran McDonald’s itu, mereka sekeluarga duduk semeja bersama bapanya. Kelihatan si ayah sugul dan tidak mahu berbual dengan anaknya itu. Ini membuatkan gadis tersebut kecil hati dan dari situ barulah si ayah memujuk anak kembali sambil makan McD Prosperity.

Berikut adalah video iklan yang tular itu:

Dalam video ini jelas menunjukkan si bapa sebenarnya ‘merajuk’ dengan anaknya yang hanya pulang ke tanah air selepas beberapa tahun. Disebabkan itu si bapa tidak mengendahkan anaknya itu.

Iklan ini juga telah meraih 7,900 retweets dan 8,400 likes. Rata-rata netizen turut sebak dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Sedih gila iklan ni, hampir2 air mata aku jatuh…”

“Macam ni baru bole compete dengan ads Thailand”

“Macam iklan raya dah..bergenang jugaklah air mata ni”

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.