“Semoga Diberikan Kesembuhan Dengan Segera” Bapa Mertua Tomok Diserrang Str0k

Penyanyi Tomok berkongsi mengenai keadaan kesihatan bapa mertuanya, Abas Mohd Saidon.

Jelas Tomok, bapanya telah diserang strok ketika berada di rumah.

Dalam pada itu, Tomok turut memohon agar bapanya segera diberi kesembuhan seperti biasa.

“Semoga diberikan kesembuhan dengan segera buat bapa mertua saya Abas bin Mohd Saidon

“Abah kena strok siang tadi di rumah..Mohon doa dari kalian semoga abah cepat sembuh seperti sedia kala..Amin,” tulisnya.


Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Di samping itu, isteri Tomok Rahayu Abas turut berkongsi dengan memuat naik foto ayahnya.

“Semoga abah cepat sembuh..Doakan abah saya yer. Allah beri dugaan untuk sesuatu nikmat dan hikmah yang besar,” tulis Ayu.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan kesihatan ayah pasangan tersebut.

Tomok dan Ayu berkahwin pada tahun 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrian dan Andrashah Iman. Kini, Ayu sedang hamil anak ketiga.

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.