“Berusia Betul Kacang Tu” Jumpa Kacang Hijau Berumur Cecah 20 Tahun Masa Isteri Bersihkan Peti Ais

Korang pernah tak ada pengalaman masa tengah kemas rumah tiba-tiba jumpa barang lama yang korang sendiri tak expect ia masih wujud?

Baru-baru ni, tular dekat laman Twitter mengenai satu peket kacang hijau yang sudah tamat tarikh luput pada 20 tahun yang lalu.

Menurut individu yang memuat naik tweet ini, @paantastik, isterinya pada ketika itu sedang mengemas peti ais dalam rumahnya sebelum menjumpai kacang ‘legend’ tersebut.

Haritu jumpa barang yang expiry date nya 2011, tapi hari ni dia jumpa lagi legend.”

Tambahnya lagi, dia turut berkata, pada sebelum ini isterinya itu pernah menjumpai barang yang tamat tempoh pada tahun 2011.

Tapi apa yang lebih mengejutkan adalah apabila isterinya itu menjumpai sepeket kacang hijau diikat dengan gulungan getah telah expired pada 25 Jun 1999 yang lalu. Fuhh 20 tahun!

Rata-rata netizen berasa teruja dengan apa yang ditemui oleh isteri lelaki tersebut.

Uishh, legend betul kacang hijau tu. Kalau hidup, umur dia pun dah cecah 20 tahun.

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.