“Ucap Merry Christmas Tu Boleh, Tapi Jangan Pakai Macam Santa Claus” Mvfti Terengganu

Rasanya semua dah tahu bahawa ucapan Merry Christmas tu memang tak ada larangan, jadi tak perlu nak dibahaskan.

Tapi masih ada syarat lain yang membataskan kita sebagai umat islam, kata Mufti Terengganu, Zulkifly Muda menerusi Free Malaysia Today, ucapan kepada orang bukan itu memang boleh tapi dilarang sama sekali sambut.

Mungkin ini juga ramai dah tahu tapi…

Tak boleh pakai baju ala Santa Claus

Baginya, berpakaian ala Santa Claus itu merupakan simbolik kepada keagamaan.

“Sudah memadai untuk memberikan ucapan kepada mereka yang beragama yang meraikan perayaan itu.”

Sebelum ini, ada segelintir umat islam menegaskan hukum memberikan ucapan hari natal kepada bukan islam itu haram dan ia menjadi kontroversi.

Namun ramai mufti-mufti yang telah memberikan penjelasan bahawa tiada masalah untuk memberikan ucapan.

Bagaimanapun, ada netizen dalam kalangan bukan islam menegaskan Santa Claus ini tiada kaitan dengan keagamaan.

“Mungkin dia keliru antara Saint Nicholas (Santa Claus) dengan komersial Santa Claus (baju merah)”

“Santa Claus tak ada kaitan dengan Kristian”

Hurm, apa pandangan korang?

Bukan sahaja sambaI, malah kicap cap Kipas Udang turut dibekalkan bersama!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.