Diam-Diam Masuk Bilik, Barulah Gadis Ini Sedar Abangnya Seorang Yang R0mantik “Ada Kansser, Tapi Dia Tak Tinggalkan”

SETIAP kita yang menabung mesti ada alasan dan tujuan tersendiri.

Tidak kiralah untuk membeli sesuatu yang diingini, dijadikan wang simpanan untuk masa depan atau pun pergi bercuti.

Bagaimanapun, berlainan dengan kisah pelayar Twitter, Nursyafiqah Hamsah apabila foto tabung abangnya, Amirul Arif Hamsah yang dikhususkan buat kekasihnya tular di laman sosial selepas ia dimuatnaik.

Berkongsi, Nursyafiqah atau lebih mesra disapa Syafiqah menganggap perbuatan tersebut iaitu menyediakan tabung khusus untuk kekasih adalah sesuatu yang romantik.

Perkongsian Fatin mengenai tabung khusus abangnya tular di media sosial.

“Sekarang kan tengah cuti, jadi saya sebagai pelajar berpeluang untuk balik ke rumah.

“Bila saya masuk bilik abang saya, saya ternampak satu balang berisi penuh duit syiling. Rupa-rupanya tu tabung. Dan saya nampak siap ada tulis ‘to see her’ kat badan tabung tu.

“Memang tak sangkalah yang abang saya ni sweet. Ingatkan dia ‘kayu’ jenis tak romantik,” katanya sambil tergelak.

Gadis berusia 16 tahun ini turut memberitahu bahawa abangnya terpaksa berehat daripada melakukan apa-apa pekerjaan kerana didapati mempunyai kanser Lymphoma tahap dua sejak awal Julai.

Kata Syafiqah, abangnya beruntung kerana memiliki kekasih yang cantik dan baik hati, meskipun dia disahkan mempunyai kanser, namun teman wanitanya masih di sisi.

Abang Syafiqah menerima kuih sewaktu hari jadinya daripada kekasih.

“Macam sekarang ni abang saya tengah cuti, sebab dia dapat tahu kena kanser masa awal bulan Julai. Tapi dia tak give up. Alhamdulillah saya nampak keadaannya beransur pulih. Sekarang dia dah habis kimoterapi.

“Untung abang saya dapat girlfriend yang cantik, baik pula tu. Walaupun dia tahu abang ada kanser, tapi dia tak tinggalkan abang. She even care more. Siap hantar kuih lagi masa birthday dia kat rumah,” ujarnya.

Anak bongsu daripada tujuh adik beradik ini menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Tapah dan abangnya, Amirul Arif merupakan anak keenam dan kini sedang cuti bekerja sebelum meneruskan jawatan sebagai Eksekutif Alam Sekitar di Kajang.

Perkongsian Syafiqah sehingga kini menerima lebih dari 9,000 ulang kicau dan 16,000 tanda suka.

Syafiqah berkongsi gambar transformasi dia dan abangnya ketika masih kecil (kiri).

Rata-rata netizen menganggap perbuatan abangnya menabung menggunakan duit syiling khusus untuk bertemu teman wanita merupakan perkara yang romantik.

Oh my god, he’s such a good boyfriend. 

“Nampak effort kalau save pakai duit syiling.

Precious effort,” komen beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.