Lagi Kes DepresI, Bintang Singapore Idol MenInggal Dunia Tinggalkan Mesej Terakhir Di Facebook “Anda Takkan Faham DepresI Aku”

Bekas bintang Singapore Idol, Samantha Lee meninggal dunia pada Ahad selepas mengemaskini status terakhir di Facebook.

“Samantha sudah meninggal dunia. Anda dijemput untuk menyaksikan persembahannya, 23 Disember 2019,” tulisnya.

Beberapa jam sebelum itu sekitar pukul 6 petang, Samantha, 28, ada memuat naik rakaman video di media sosialnya.

“Saya tahu anda semua mengambil berat tentang saya. Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya sampai sekarang.

“Tetapi anda takkan faham depresi saya, anda perlu melaluinya, yang mana kalau boleh saya tak nak sesiapa pun rasainya.

“Saya tak salahkan anda, tetapi saya akan salahkan anda sekiranya tulisan saya ini menjejaskan kegembiraan anda.

“Kita semua sudah buat yang terbaik tetapi tidak layak lagi berada di dunia ini lagi. Jadi, inilah ucapan selamat tinggal saya,” tulisnya dalam rakaman video itu.

Samantha pernah menyertai Singapore Idol musim ketiga pada tahun 2009 dan pernah mencuri perhatian menerusi nyanyian lagu Don’t Speak (No Doubt).

Punca sebenar kematiannya belum diketahui dan Samantha telah disemadikan pada Selasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.