Majlis Perkahwinan Luar Biasa, Pengantin Bersanding Di Atas Sungai

Semua pasangan raja sehari inginkan majlis perkahwinan luar biasa yang istimewa dan tidak dapat dilupakan, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk tetamu juga.

Kekangan bajet mungkin membuatkan pilihan lokasi perkahwinan terbatas, tetapi terdapat pelbagai cara yang kreatif untuk menghasilkan majlis yang unik dan mudah.

Trend yang popular.

Salah satunya ialah perkahwinan di atas atau di bawah air yang merupakan salah satu trend popular sejak beberapa tahun ini.

Ini kerana pemandangan lautan yang indah sudah cukup menyerikan suasana majlis tanpa perlu menggunakan hiasan-hiasan ekstra.

Bersanding di atas sungai.

Baru-baru ini pula, sepasang pengantin dari Perak telah mengadakan majlis persandingan mereka dengan cara terapung di atas sungai.

Dalam video yang tular, pasangan itu dilihat sedang duduk di atas rakit sambil dikipaskan dan dipayungkan pengapit, dan dibawa arus air.

Majlis perkahwinan luar biasa itu diiringi oleh sekumpulan pemain kompang yang mengekori mereka di dalam bot. Beberapa bot lain turut membawa ahli keluarga untuk memeriahkan lagi persandingan di atas air itu.

Rakit yang membawa pengantin dihiasi dengan gerbang bunga dan dikemudi oleh beberapa individu yang berenang di dalam sungai. Pengantin bersama pengapit dan pemain kompang tuurut memakai jaket keselamatan.

Persandingan unik yang berlokasi di Sungai Perak itu telah mencuri perhatian ramai dan mengundang netizen untuk memberi pelbagai reaksi.

“Sooo uncomfortable…”

“Nak makan kat mana…”

“Gempak habis…”

“Risau btul terbalik…”

“Takde buaya ke…”

“Musim2 banjir ni…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.