Naqiu ‘Juara’ Peminat Derma Separuh Wang, Nak Dan Isteri Tak Lekang Dibibir

Kemunculan Naqiu Boboy menerusi Gegar Vaganza musim keenam setelah bertahun-tahun menyepi dalam industri hiburan membuatkan peminat mereka kembali gembira.

Bagaimanapun, ramalan peminat yang merasakan dia akan bergelar juara akhirnya menjadi kenyataan apabila persembahan terakhir Naqiu sememangnya menarik perhatian ramai.

Namun begitu, tidak hanya dirinya malah penyanyi Hady Mirza turut bergelar juara dan persembahan mereka mendapat pujian luar biasa.

Apa yang menjadi perhatian juga, baru-baru ini menerusi sumber mendedahkan Naqiu mahu berkongsi wang kemenangannya berjumlah RM 100,000 separuh untuk diberikan kepada rumah anak-anak yatim.

“Masa tu saya cakap pada isteri saya, jika menang nanti saya mahu dermakan wang pada rumah anak-anak yatim. Pada saya GV2019 adalah medium untuk saya membina karier jadi duit kemenangan tu saya tak fikir sangat sebenarnya, ia lebih kepada platform,” ujarnya terhadap Gempak.

Menjenguk pula kelaman Instagram Naqiu, peminatnya memberikan pelbagai pujian buat penyanyi ini.

Naqiu ‘juara’ peminat

Ada yang memberikan pujian kerana apabila ditemuramah ingatan anak dan isteri dikatakan tidak pernah lekang daripada bibir penyanyi ini. Ternyata perkara itu membuatkan peminat suka dan tumpang gembira.

Semoga terus berjaya…

Hanya yang terbaik…

Mereka juga menyukai sikap humble penyanyi ini yang dikatakan muncul kali kedua dengan pakej terbaik sehingga membuatkan netizen respect.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.