Pernah Gvgur, Rea Kini HamIl 3 Bulan

Penyampai radio Rea atau nama sebenarnya, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad umum hamil anak pertama selepas selamat bernikah pada 18 November 2018.

Rea akui bersyukur dan gembira dengan rezeki yang dikurniakan selepas mengalami keguguran pada April lalu.

Walau bagaimanapun, Rea sebak mengenangkan arwah ayahnya yang tidak dapat bersama untuk meraikan khabar gembira ini.

“Alhamdulillah syukur ya Allah atas kurniaan rezeki zuriat untuk kami @faeezikhwan.

“Gembira, sebak, sedih semua ada. Perasaan yang bercampur baur.

“Dapat je berita ni, saya terkenangkan arwah ayah saya.

“Saya pernah keguguran pada bulan April 2019, papa cakap tak lama lagi insyaAllah ada rezeki lain.

“Papa yakin. Papa, kalau papa ada lagi mesti papa happy. Al Fatihah untuk papa..

“Terima kasih semua yang mendoakan rezeki untuk kami. Doakan juga saya dan baby selamat sehinggalah tiba waktu melahirkan nanti,” tulisnya.

Rea berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam pada itu, Rea mendedahkan dia mengalami alahan yang teruk sepanjang tiga bulan hamil.

“Untuk masa sekarang, saya memang mengalami sickness yang agak teruk bermula dari petang ke malam.

“Memang penat satu badan Allah je tau. Lepas je muntah mesti nangis.

“Alhamdulillah Allah kurniakan saya suami yang penyayang dan sabar. InshaAllah we go thru this together bb @faeezikhwan. Doakan kami ya,” tulisnya lagi.

Rea berkahwin dengan pemain dram Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim pada 18 November tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah syukur ya Allah atas kurniaan rezeki zuriat untuk kami @faeezikhwan ❤️ . Gembira, sebak, sedih semua ada. Perasaan yang bercampur baur. Dapat je berita ni, saya terkenangkan arwah ayah saya. Saya pernah keguguran pada bulan April 2019, papa cakap tak lama lagi inshaAllah ada rezeki lain. Papa yakin. Papa, kalau papa ada lagi mesti papa happy 😭 Al Fatihah untuk papa.. . Terima kasih semua yang mendoakan rezeki untuk kami. Doakan juga saya dan baby selamat sehinggalah tiba waktu melahirkan nanti. Untuk masa sekarang, saya memang mengalami sickness yang agak teruk bermula dari petang ke malam. Memang penat satu badan Allah je tau. Lepas je muntah mesti nangis. Alhamdulillah Allah kurniakan saya suami yang penyayang dan sabar. InshaAllah we go thru this together bb @faeezikhwan ❤️ Doakan kami ya ❤️ #faeezrea

A post shared by Rea Kool FM 🇲🇾 (@rea_koolfm) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.