“Walaupun Kami Dik0men, Abah Masih Tersenyum” Sharifah Shahirah Kenang Arrwah Bapa

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah menziarahi kubur arwah bapanya Syed Abu Bakar Al-Khaired sempena hari lahir bapanya yang jatuh pada 25 Disember semalam.

Semasa hayat bapanya, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera berkata bapanya masih boleh tersenyum meskipun dia dan adik beradik dikecam.

“Ikut kad pengenalan arwah abah hari ni hari jadinya 25 Disember…dulu-dulu rajin laa ye sambut semasa hidup.

“Al Fatihah Syed Abu Bakar..nama kad pengenalan tapi nama betul Syed Sulaiman.Panjang ceritanya.

“Yang penting..bapa kita suka insyaAllah kami adik beradik bersatu teguh.

“Apa pun jadi, tak berebut harta, itu semua duniawi… insyaAllah buat mak bapa tersenyum…udahhhh..lega tarik nafas.

“Walaupun kami dikecam, abah masih tersenyum..dia tau anak dia..tahap mana…” tulisnya.

Shiera berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya

Menerusi entri yang sama dia memuat naik fotonya yang berada di kubur bapanya.

Shiera dan dua adik beradiknya, Sharifah Sakinah dan akaknya Sharifah Haslinda merupakan anak seni yang juga bergelar pelakon.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber  : gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.