“Absolutely Correction,” Lilit Tudung Gaya Minah Selamat Jadi Ikutan, Ini Respon Elly Mazlein

Penampilan dan lagak gaya lakonan Elly Mazlein sebagai Mona atau Minah Selamat menerusi drama episod, Kampung People nyata mengundang tawa penonton.

Malah, tagline yang sering diungkap, ‘absolutely correction’ turut melekat, lengkap dengan imej tudung yang kini menjadi ikutan penonton setia drama yang bersiaran menerusi slot Lestary itu.

Menerusi Instagram, hos Mentor Millenia itu ada berkongsi foto peminat yang mengenakan tudung persis Minah Selamat!


“Team minah selamat. Cayalah agitchu #KampungPeople. Forever ever back to the future punye geng #AbsolutelyCorrection,” tulis Elly menerusi salah satu entrinya.

Di ruangan komen pula, rata-ratanya geli hati dengan perkongsiannya selain membayangkan tudung ala Minah Selamat ini bakal menjadi ikutan ramai.

Selain Elly, drama 13 episod ini turut dijayakan oleh Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad dan ramai lagi.

Kampung People arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang terpaksa menyamar dan menukar identiti gara-gara secara tidak sengaja menjadi saksi kepada satu kes jenayah.

Mereka kemudiannya berhijrah ke kampung bagi mengelak daripada diburu penjenayah. Minah (Elly Mazlein) sekeluarga yang sudah terbiasa dengan gaya hidup bandar terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di kampung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Elly Mazlein

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.