“Apabila Masa Dah Tiba, Lizzy Akan Umumkan” Elizabeth Tan Nak Perkenal ‘Boyfriend’ 2020

PENYANYI Elizabeth Tan mengakui masih banyak azam bagi 2019 yang belum tercapai walaupun kurang seminggu akan masuk ke tahun 2020.

Namun menurut Elizabeth yang mesra disapa Lizzy, baginya cukup sekadar dia dan keluarga berada dalam keadaan sihat.

“Mungkin banyak azam yang masih belum tercapai, tapi saya seorang yang go with the flow dan tidak rancang sangat untuk masa depan.

“Tapi untuk tahun 2020, diharapkan banyak job lakonan masuk sebab saya memang nak berlakon saja, kalau boleh dah tak nak menyanyi,”

Dalam pada itu, Elizabeth gembira kerana muzik video lagu terbaharunya Shh mendapat maklum balas positif daripada penonton.

“Saya nak naikkan standard  muzik video Malaysia, saya paling suka muzik video ini sebab koreografinya lain daripada yang lain.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.