“Baju Yang Sama Disarung Pergi H0spital Dengan Harapan” Bapa Faralyna Idris MenInggal DunIa

Pelakon Faralyna Idris mengesahkan bapanya telah pun meninggal dunia pada jam 1.30 pagi, 25 Disember lalu.

Faralyna mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan bapanya sebelum ini.

”Pada 25 hari bulan, pukul 1.30pagi, baju yang sama kita sarung pergi hospital dengan harapan Papa masih sama macam petang tadi tu.

“Tapi tak. Tak sangka kita pergi tu untuk bawa dia balik.. balik terus menemui Sang Pencipta.

“Ingat tak Bonda ada minta tolong semua doakan semoga Papa sihat cepat?Terima kasih semua yg mendoakan. Allah lebih menyayangi papa.

“Sekarang papa dah tiada.Semoga papa ditempatkan dikalangan para solihin. Amin ya rabbal ‘alamin,” tulisnya.

Faralyna Idris berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata telah mengucapkan takziah buatnya dan keluarga.

Pun begitu, Faralyna tidak mengulas lanjut mengenai penyakit yang dihadapi bapanya.

Terdahulu, Faralyna telah kehilangan ibunya, Jalaliah Ismail yang meninggal dunia semenjak 13 tahun yang lalu.

Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Fikri pada Disember 2014.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Fira Anggun, 4, dan Fira Ayu, 1.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.