Bekas Kekasih ‘Awek Cendol’ Kini Bergelar Suami, Dua Kali Lafaz Gara-Gara Tersasul Sebut Mas Kahwin RM3

Tular di media sosial awal tahun ini, apabila video gadis manja yang dikenali sebagai Nija atau nama penuhnya Nur Naziha Tahang yang mahukan semangkuk cendol ketika panas terik dengan kekasihnya. 

Bagaimanapun, hubungan mereka terputus beberapa bulan kemudian dan memilih haluan masing-masing. 

Hari terus berganti dan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Muhd Aiman Amar sudah menemui penganti dalam hidupnya dan kini sudah bergelar suami kepada Nur Fazwa Atasha baru-baru ini. 

25/12/2019 alhamdulillah kita sah menjadi suami isteri,” tulisnya ringkas. 

VIDEO:

Mungkin kerana terlalu gementar, Aiman telah tersasul ketika melafazkan akad.

“Aku terima nikahnya Nur Fazwa Atasha dengan mas kahwinnya Rm3.00,” lafaznya disusuli dengan gelak tawa tetamu yang hadir. 

 Bagaimanapun, lelaki berkenaan berjaya melafazkan akadnya dengan sempurna dengan mas kahwin bernilai RM300.

 Sementara itu, Atasha yang memiliki lenih 20,000 pengikut di Instgram turut berkongsi momen indahnya bergelar isteri. 

“Assalamualaikum suamiku Alhamdulillah tak disangka perkenalan cuma dari reaction igstory setahun yang lepas tanpa sengaja pejam celik awak dah sah menjadi suami saya 😅 

“Dari tak suka boleh tersuka. Sebab tu orang tua tua dulu pesan. Jangan menyampah sangat. Nanti tersuka tanpa sengaja hihi. Okay saya tarik balik kata kata saya dulu ye encik suami,” tulisnya.

 Difahamkan, mereka mula berkenalan kira-kira setahun lalu menerusi respon di Insta Stories. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram MuhdAimanAmar, Cikkatashaa

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.