Selepas Isteri, Anak Saharul Ridzwan Pula DItahan Di Wad Gara-Gara

Pelakon Saharul Ridzwan memaklumkan bahawa anak sulungnya, Muhammad Luth Ali kini dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta di ibu kota ekoran mengalami demam panas.

Saharul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 30, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

“Dah tidur dah. Lepas mummy, Ali pulak yang demam. Suhu pun sama, 39.6 darjah selsius.

“Harapnya demam biasa, bukan influenza atau apa-apa yang teruk. Amin Ya Rabb. Doakan ye semua. Terima kasih,” tulisnya.


Perkongsian Saharul itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata mendoakan agar anaknya itu cepat sembuh.

“Moga cepat sembuh ye adik Ali comel. Kesiannya dia, musim demam kan sekarang,

“Ali kena kuat sebab Ali kan nak jadi abang,” tulis sebahagian komen netizan.

Terdahulu, pelakon drama Tok Adi itu turut berkongsi berita mengenai isterinya, Qaabila Deena Emir yang dimasukkan ke wad hospital yang sama.

Isterinya itu kini sedang mengandung anak kedua.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.