“Semoga Ada Kekuatan Untuk Terus Bersaing” Ali Puteh Terkenang Arrwah Anak Dah Sebulan Pergi

Pelawak Ali Puteh berharap agar dirinya terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangannya berentap di program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019).

Ali, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 30, berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah buatnya apatah lagi dirinya baru sebulan berdepan episod kehilangan anak tersayang, Sharifah Nur Ainul Mardhiah.

“Esok (hari ini) suku akhir dah. Cepat masa berlalu. Sebulan dah arwah adik tinggalkan dunia ini dan bermain di taman syurga.

“Doakan Walid terus kuat bersaing di atas pentas keramat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga ada kekuatan untuk terus bersaing esok (hari ini),” luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.


Luahan Ali itu kemudian menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.

Rata-rata memberikan sokongan kepada Ali agar segala urusannya terus dipermudahkan.

“Kuatkan semangat Ali. Buat yang terbaik!

“Harap-harap Puteh dapat ke final,” tulis sebahagian komen netizen.

Terdahulu, anak keduanya, Ainul yang berusia tiga bulan meninggal dunia pada 26 November lalu selepas mengalami komplikasi jantung.

Ali bakal bersaing di peringat suku akhir malam ini bersama kumpulan Puteh yang turut dianggotai Mamak dan Man Raja Lawak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.