“Siap Featuring Aafiyah Kat Hujung2 Tu” Netizen TerkesIma Dengar Tokti C0ver Lagu Ernie Zakri ‘Ku Bersuara’

Terkenal dengan suara lemak manisnya, tak ada siapa yang dapat menidakkan hakikat bahawa Dato’ Sri Siti Nurhaliza mempunyai suara yang sangat sedap. Sebab itulah sampai sekarang dia masih menggenggam takhta penyanyi nombor satu negara.

Baru-baru ni, viral di Twitter sepotong klip yang memperdengarkan nyanyian Tokti cover lagu Ku Bersuara dari Ernie Zakri.

Meskipun Tokti macam agak main-mainlah masa nyanyi lagu ni, ternyata netizen lain terkesima mendengarnya sampai request Tokti nyanyi full tau! Nah korang dengar lah sendiri, siap featuring Siti Aafiyah lagi gelak-gelak kat hujung. 

“Nyanyi macam ni pun dah sedap” 

Rata-rata netizen yang mendengar klip nyanyian ni memang puji habis dengan cara Tokti nyanyi walaupun ada kelemahan sedikit di sana sini macam lari tempo dan sebagainya.

Tapi min anggap ni sebab Tokti nyanyi main-main je dan boleh dengar suara Aafiyah ada kat tepi tu.

“Adoi… awat best sangat versi Tokti ni. Aku dah ulang banyak kali ni” 

Selain dari memuji nyanyi Tokti, ramai juga yang mengaku dengar lagu ni banyak kali dan siap nak request Tokti nyanyi lagu lain pulak ye!

Haa korang nak dengar Tokti nyanyi lagu apa pulak lepas ni? Cepat request kat Tokti!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.