“Takkan Tak Boleh Donate Sikit, Dah Buat Member Aku c4cat” Suami Farah Nabilah Dikatakan Ceder4kan Pramugari

LUAHAN seorang pramugari mengenai keced3raan yang dialaminya gara-gara perbuatan juruterbang yang juga suami kepada pelakon Farah Nabilah iaitu Mohammed Amirul Yunus bukan dibuat untuk mendapatkan perhatian atau meraih simpati.

Cerita wanita yang dikenali sebagai Bie Ismail itu, dia hanya terkilan dengan sikap Amirul yang hanya berdiam diri tanpa bertanya khabar selepas secara tidak sengaja menutup pintu van yang dinaiki mereka ketika berada di Kuantan, Pahang untuk menunggu penerbangan seterusnya pada 13 November lalu.

Bagaimanapun, Bie terkejut apabila luahannya di laman sosial menjadi tular memandangkan pada awalnya dia tidak mengetahui Amirul adalah suami kepada Farah.

Bie memuat naik status rakannya yang bersimpati terhadap nasib yang menimpa dirinya.

“Sejujurnya saya memang tak ada niat langsung nak cari perhatian atau nak raih simpati daripada mana-mana pihak sebab saya sudah berkongsi perkara itu sejak bulan lalu lagi.

“Tapi tak sangka tiba-tiba sekarang boleh jadi tular pula. Sebab ketika kejadian itu berlaku, saya tak tahu pun Amirul akan berkahwin dengan seorang selebriti.

“Saya hanya meluahkan perasaan saja di IG sebab terkilan dengan dia yang tak ada bertanya khabar mengenai keadaan saya selepas kejadian itu,”

Sebelum ini, seorang individu menerusi Twitter mendakwa Amirul adalah juruterbang yang menutup pintu van sehingga jari rakannya tersepit sehingga mengalami kecederaan.

Saya tidak minta duit pun, tapi dia macam tak ada common sense dengan apa yang terjadi.

BIE ISMAIL

PRAMUGARI

Manakala menerusi Instastory Bie memberitahu kemalangan itu menyebabkan dia tidak dapat bertugas selama lebih dua bulan disebabkan urat jarinya koyak dan kuku rosak.

Dalam pada itu, Bie menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap Amirul.

Kata Bie, dia tidak meminta Amirul untuk bertanggungjawab namun berharap lelaki itu berfikir mengenai apa yang berlaku pada dirinya.

Bie berkongsi keadaan jarinya bukan untuk mendapatkan perhatian.

“Saya tidak minta dia bertanggungjawab atau minta duit daripada dia pun tapi dia macam tak ada common sense dengan apa yang terjadi pada saya,” ujarnya.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Farah tidak berjaya apabila panggilan dan mesej yang dihantar tidak dijawab.

Pada 20 Disember lalu, majlis perkahwinan pelakon Farah Nabilah dan Amirul menjadi perbualan netizen di laman sosial.

Selain memuji penampilan Farah, 27, yang mengenakan busana ringkas serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim, hantaran sebanyak RM77,777.77 turut menarik perhatian netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.